Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakn berkata, beberapa langkah telah diambil termasuk menguatkuasakan undang-undang baharu yang spesifik khusus untuk mengendalikan isu ekstremisme dan keganasan, mengupayakan pasukan keselamatan bagi membolehkan mereka menahan pihak yang mempunyai elemen ekstremis dan membawa mereka ke muka pengadilan malah sebelum mereka melakukan perbuatan keganasan.

"Sebab saya fikir bahawa dengan menunggu sehingga perbuatan keganasan dilakukan akan mengakibatkan ramai orang terbunuh dan cedera," katanya dalam wawancara eksklusif oleh Al Arabiya News Channel bersempena lawatan bersejarah Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia, baru-baru ini.