Agensi berita tempatan, KCNA seperti dipetik oleh Reuters me­laporkan, arahan itu dikeluarkan sejurus selepas Duta Besar Korea Utara, Kang Chol meninggalkan Malaysia pada pukul 3.55 petang waktu Malaysia hari ini.

Kang Chol diarahkan me­ninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam selepas Malaysia mengambil tindakan tegas de­ngan mengisytiharkan beliau sebagai ‘persona non grata’ (orang yang tidak dihargai) dan mengarahkan pegawai berkenaan me­ninggalkan negara itu.