Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), ia didorong peningkatan dagangan dengan China, ASEAN, Jepun, Amerika Syarikat (AS), Taiwan, Australia dan Ke­satuan Eropah (EU).
Katanya, eksport mencatat pertumbuhan dua angka seba­nyak 13.6 peratus kepada RM70.24 bilion, nilai eksport tertinggi bulanan yang pernah dicatatkan pada Januari, melepasi RM64.05 bilion direkodkan pada Januari 2014.