Ketua Pegawai Penarafan MARC, P. Rajan berkata, perkara itu dapat dilihat apabila pemain-pemain besar industri mula mengambil langkah-langkah ber­kesan untuk mengukuhkan imbangan tunai syarikat.

Katanya, pertumbuhan pembiayaan kekal sederhana kira-kira lima peratus sepanjang 2015 hingga 2016 berbanding purata lapan peratus antara 2010 hingga 2014 manakala sejak beberapa tahun pula terdapat pengambilalihan berprofil tinggi dengan hutang dibiayai.

“Antara langkah mengurangkan risiko yang diambil terma­suklah penjualan aset, melupuskan ekuiti, penstrukturan semula korporat, terbitan hak dan mengehadkan perbelanjaan modal (capex) yang dijangka mengukuhkan imbangan tunai mereka.